Sunday, May 15, 2011

Jom baca biodata Pak Nil :)






Nama dalam sijil kelahiranAznil Haji Nawawi
Nama panggilan di rumah: Anil
Tarikh lahir6 November
Tempat lahirDato' Keramat, Kuala Lumpur
ZodiakScorpio

Apakah yang akan anda ucapkan sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan sekolah lama anda?
Anda nak tahu tak? Sayalah budak yang pernah dan selalu kena buli dulu, di sekolah ini. Hari ini, saya bangga amat berbangga sekali dapat kembali semula melawat sekolah ini. Terima kasih di atas pengalaman lama dan ingat ...jangan buli rakan-rakan anda!

Kekecewaan masa lampau yang telah anda atasi ialah...
Rasa rendah diri.


Perkara paling nakal yang pernah anda lakukan di sekolah dulu...
Curi-curi keluar awal untuk tengok persembahan 'Saturday Night Fever'.

Buku cerita/novel apakah yang MESTI remaja baca sebelum meningkat dewasa?
Saya suka baca kisah hantu! Ahhh...seram!

Siapakah superhero yang menjadi idola anda sewaktu zaman kanak-kanak dulu?
Six Million Dollar Man!

Sekiranya anda tidak bekerja di konti radio, apakah pekerjaan lain yang mungkin anda lakukan?
Saya akan jadi Pakar Motivasi, nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan semua orang...

0 luahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...