YEOVIL, Britain - Seorang wanita berusia 36 tahun, Beth Wheeler memiliki berat 139.70 kilogram (kg) semasa bertunang tetapi beratnya cuma 53.50kg empat hari sebelum dia berkahwin pada 20 Februari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beth berjaya mencapai sasaran untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 76.20kg empat hari sebelum dia berkahwin.
Dia mula menjalani diet dan senaman untuk mengurangkan berat badan pada 2009 dengan mengikuti amalan kumpulan Weight Watchers.
Kumpulan itu yang mengamalkan diet pemakanan menyebabkan berat Beth berkurangan dengan banyak apabila dia menahan memakan makanan yang boleh mengemukkan badannya.
Menceritakan kesukarannya untuk mengurangkan berat badan, Beth berkata: "Ia memang sesuatu yang menyukarkan kerana saya tidak suka bersenam dan saya tidak pernah menjadi peminat gimnasium.
"Saya melakukan (mengurangkan berat badan) dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan saya."
Ketua kumpulan itu, Raelene Hope berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan Beth mengurangkan berat badannya.
0 luahan:
Post a Comment