Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka menaiki bas sekolah yang tidak mempunyai permit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) mendakwa kira-kira 10,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini terpaksa beroperasi secara haram berikutan tindakan pihak berkuasa menangguhkan permohonan mereka untuk mendapatkan kelulusan permit secara sah.
Setiausaha Agungnya, Md. Saad Mohamad berkata, langkah drastik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berbuat demikian pada awal tahun ini menyukarkan pihaknya menampung permintaan bas daripada orang ramai.
“Ia juga menyebabkan van dan bas sekolah haram terus berleluasa sehingga mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah,” katanya.
sumber: kosmo
0 luahan:
Post a Comment