Friday, June 3, 2011

Ibu kota Yemen berada dalam keadaan tegang

SANAA – Pertempuran sengit tercetus antara kabilah bersenjata dan pasukan keselamatan di jalan-jalan di sini semalam menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri manakala lapangan terbang ditutup, kata beberapa saksi. 

Pasukan perubatan menyatakan, banyak mayat bergelimpangan di jalan-jalan di kawasan kejiranan Al-Hasaba yang merupakan kubu seorang ketua kabilah, Sheikh Sadiq Al-Ahmar.

Pertempuran sengit berlaku di Al-Hasaba sepanjang malam dan berterusan hingga semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh.

Pertempuran antara pengikut Sheikh Sadiq dengan pasukan keselamatan Yemen tercetus pada Selasa lepas susulan kegagalan gencatan senjata.

Menurut seorang ketua kabilah, pihaknya mahu memasuki bandar ini untuk membantu pemimpin mereka, Sheikh Sadiq yang mengetuai persekutuan kabilah Hashid.

Sheikh Sadiq menyokong para penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh supaya meletakkan jawatan.

Beberapa saksi berkata sebuah pesawat pejuang terbang rendah melepasi kelajuan bunyi di bandar kelahiran Sheikh Sadiq, Khmar yang terletak 80 kilometer ke bandar ini untuk menakutkan para pengikutnya.

0 luahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...