RAJA NONG CHIK berucap di hadapan penduduk semasa sesi penerangan cadangan pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur kelmarin
KUALA LUMPUR - Beberapa buah kampung tradisional Melayu di ibu kota berminat menjadikan program pembangunan Kampung Baru sebagai model pembangunan di kawasan masing-masing.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima permohonan daripada beberapa wakil kampung di sekitar Kuala Lumpur yang mahu kerajaan menaik taraf kawasan mereka sama seperti yang dinikmati pewaris tanah di Kampung Baru.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama kampung yang membuat permohonan itu.
"Kita belum buat keputusan tentang permintaan itu kerana tumpuan pada waktu ini adalah pembangunan Kampung Baru terlebih dahulu," katanya selepas sesi penerangan mengenai cadangan pembangunan semula Kampung Baru kepada kira-kira 200 pemilik dan pewaris tanah di kampung berkenaan di sini kelmarin.
Sumber : kosmo
0 luahan:
Post a Comment