ABDUL RASHID (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Thaiya Cepah yang
ditinggalkan bapanya di Ladang Tebu Chuping, Padang Besar semalam.
ditinggalkan bapanya di Ladang Tebu Chuping, Padang Besar semalam.
PADANG BESAR - Terkejut disergah Rejimen Sempadan, sekumpulan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar yang cuba menyelinap masuk ke negara ini terpaksa bertempiaran lari semula ke negara jiran sehingga salah seorang bapa tertinggal anaknya yang berusia 10 tahun.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, seramai 23 warga Myanmar berjaya diberkas termasuk kanak-kanak perempuan tersebut berhampiran Pos C6, sempadan Malaysia-Thailand dekat Ladang Tebu Chuping di sini semalam.
Selepas ditahan, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Thaiya Cepah tidak berhenti menangis dan terpaksa dipujuk oleh tahanan lain yang terdiri lima wanita dan 18 lelaki itu yang berusia dalam lingkungan antara 10 sehingga 35 tahun.