Wednesday, February 2, 2011

aNGka 7 daLAM ISLAM

SALAM , 
HIHI , aku tgah takde keje ni , so aku cari lah keje dgn berblog-ing
sebenarnya dari dulu ag aku nk cari artikel pasal tajuk ni , tapi hari ni baru berkesempatan an ..
aku pun sebenarnya suka gan angka 7 ni
so , teruskan jelah merungkai  eh ..
no 7? no 7 dalam Islam..


apa yang istimewa eh no 7 kat sisi
Allah SWT. hanya DIA yang tau.
ok cube pikir eh :-
-7 pintu neraka
-7 pintu syurga
-7 kali pusingan tawaf Kaabah
-kanak2 diperintah solat umur 7 tahun
-7 Saie juga 7 kali
-ayat surah al- fatihah 7 ayat
-Lontar di Jamrah 7 biji batu
-7 lautan (urm…)
-7 langit lapisan
-Dalam al-quran 7 tempat sujud
-Takbir hari raya 7 kali
-7 golongan dibawah Allah swt:
1) imam yang adil
2)Pemuda yg sentiasa beribadat
3)Lelaki yang merindui masjid
4)Lelaki yang membawa urusan berkenaan
Allah SWT
5)Lelaki yang menolak zina
6)Lelaki yang menangis kerana ALLAH
SWT di tempat sunyi
7)Lelaki yang bersedekah tetapi tidak
kecoh dgn pendermaan tersebut.
-Pencapaian ilmu hanya ke bintang tujuh.
-Sinaran cahaya juga 7 lapisan
-7 hari seminggu
-7 benua
-7 warna utama
serba sdikit peneranggannya :
1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

uishh , dahsyatt !!
terasa kita sebagai hamba , sungguh kerdil di muka bumi ni ..
walau ape angka sekali pun , hanya DIA yang maha mengetahui kesahihannya .
kita hanya mampu mengkaji
renung2kan , selamat beramal :P

0 luahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...