Wednesday, February 2, 2011

fakta menarik tentang kidal !!

assalamualaikum.

hey readers :)
okeh, kembali kepada tajuk.

knp tibe2 lak aku nk taip pasal tajuk ni eh ? jawapan aku : " sukati aku lah , saje takde keje cari keje , mber2 aku pun amai jugak yg kidal , so nak tahu la serbe sedikit tentang kidal ni "
orang yang kidal neh banyak keistimewaan dan keburukannya. kajian pon ada yang membuktikannya. cewahh. :P


Kidal terjadi apabila otak kanan seseorang lebih dominan berbanding dengan   otak kirinya. Otak sebelah kanan menguasai kawalan  muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi KREATIVITI dan SENI berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Individu kidal cenderung merasa CEMAS ataupun MALU dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Mungkin adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan. Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan(EMOSI). Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan

Menurut kajian tidak ada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan di dalam sesebuah keluarga.

Lebih ramai LELAKI yang kidal berbanding perempuan.

Individu ELASTIK

Individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan),   mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahn seperti orang bertangan kanan. Sebab tu la orang kidal dapat sesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal     mempunyai jangka hayat 9 TAHUN LEBIH PENDEK berbanding mereka yang bertangan kanan

KEKURANGAN
Tulis dalam BUKU TEBAL (diari, buku laporan,dan lain-lain) Individu kidal sukar semasa menulis di bahagian kiri muka surat buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik.

KEBANYAKAN PERALATAN DIREKA KHAS UNTUK INDIVIDU BERTANGAN KANAN. Contohnya seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur, alat muzik dan lain-lain.

Kerusi kuliah atau kerusi yang disertakan dengan meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Diorang perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar dapat menulis kat meja kecik tu.Bayangkan jika kerusi tu digunakan semasapeperiksaan, lenguh weh pelajar kidal ini untuk menjawab soalan dalam jangka masa yang panjang.


KELEBIHAN
TULISAN ARAB
• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

KREATIVITI
• Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

KAMERA
• Bentuk kamera SLR yang memerlukan pengendalian kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut.Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

p/s " walau apapun tangan yg digunakan , kite tetap ade kelebihan masing2"

0 luahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...