DUNGUN - Seekor kucing putih didakwa menjadi peneman solat Mohd. Taufik Jusoh selama seminggu sebelum dia menemui ajal akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan melapor diri untuk bekerja di Pejabat RISDA Dungun di sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi di ladang kelapa sawit di Kampung Serdang dekat sini ketika mangsa, Mohd. Taufik, 26, menunggang motosikal untuk melapor diri sebagai mandur di pejabat itu selepas bertukar dari pejabat RISDA Daerah Marang.
Bagaimanapun, ketika sampai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Serdang, mangsa tiba-tiba disengat sekumpulan tebuan.
Mangsa terus memecut motosikal menuju ke Klinik Kesihatan Kampung Delong sejauh kira-kira dua kilometer untuk mendapatkan bantuan.
0 luahan:
Post a Comment