Tuesday, May 17, 2011

Rebut 15,000 peluang kerja

 
 PENGANJURAN Karnival Kerjaya di Putrajaya merupakan satu platform kepada belia di Malaysia untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka. - Gambar hiasan 

PUTRAJAYA - Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang Karnival Kerjaya Hari Belia Negara 2011 yang bakal berlangsung di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan, Zahari Jusoh berkata, jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan itu perlu direbut sebaik mungkin oleh belia terutama mereka yang masih mencari-cari pekerjaan.

"Hampir 120 buah syarikat akan menawarkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan kepada pengunjung karnival itu nanti.

"Jumlah ini sangat banyak dan ia akan menjadi platform kepada belia yang sedang mencari kerja kerana pelbagai jenis jawatan daripada peringkat rendah sehinggalah jawatan tinggi ditawarkan," katanya di sini semalam.
 

0 luahan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...